Home arrow Knowledge Zone arrow Kesihatan Lelaki Cemerlang
Kesihatan Lelaki Cemerlang PDF Print E-mail
Written by administrator   
Thursday, 19 April 2007
PENGENALAN
Image

Kesihatan secara am melambangkan kesejahteraan fisikal, mental, spiritual dan sosial dengan mengambil kira kesejahteraan rohani dan jiwa. Kesihatan mutlak lelaki berbedza dengan wanita walaupun dari segi keperluan asas ianya lebih kurang sama. Keperluan kesihatan lelaki tidak boleh disamakan dengan keperluan kesihatan keluarga yang banyak berfokuskan wanita dan kanak kanak. Lelaki mempunyai keperluan kesihatan yang tersendiri. Dari perspektif gender lelaki memainkan peranan sosial yang mencabar, saperti kedudukan utama dalam masyarakat dan juga keluarga. Perkara ini seolah olah membentuk sasiah lelaki yang dikatakan sebagai ‘egosentrik’. Inilah punca dilema lelaki! Kajian menunjukkan yang lelaki terdedah dengan berbagai risiko kesihatan dan penyakit. Jangkahayat lelaki kurang 5-6 tahun dari wanita. Lelaki yang berumur 45-54 tahun tiga kali lebih kerap mati dari serangan sakit jantung jika dibanding dengan wanita dan kadar kematian atas sebab penyakit kronik saperti sakit jantung, kencing manis, penyakit buah pinggang, strok dan kanser lebih jika dibandingkan dengan wanita. Dari perspektif psaikologi lelaki lebih terdedah dengan tekanan dan terlibat dengan keganasan rumahtangga dan dalam tempat kerja dan sebilangan besar lelaki membunuh diri akibat tekanan.Bilangan lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental 40% lebih dari wanita. Dari aspek social, lelaki lebih terasing dari keluarga akibat pekerjaan dan ini mengakibatkan mereka tidak dapat bermesra dengan anak dan isteri dan mudah terjerat dengan hubungan luar.

Lelaki juga boleh mengalami kanser reproduktif saperti kanser pundi prostate dan kanser buah zakar, tetapi tidak banyak lelaki tahu tentangnya dan cara untuk mencegahnya jika dibandingkan dengan wanita yang begitu peka dengan kanser anggota reproduktif mereka saperti kanser payu dara dan kanser pangkal rahim dan cara pencegahannya! Oleh yang sedemikian memang wajar untuk lelaki diberi perhatian dalam pengendalian kesihatanya melalui program khusus kesejahteraan lelaki supaya mereka terbuka hati dan minda untuk berjumpa doktor dan kaunselor kesihatan untuk menjalani pemeriksaan asas tentang kesihatan mereka dan mendapat maklumat dan bimbingan tentang isu spesifik tentang kesihatan mereka

Saperti kereta mereka yang perlu menjalani servis, lelaki juga perlu menjalani ’servis’, mengetahui tentang tahap kesihatan mereka saperti pemeriksaan tekanan darah, pengambilan ECG sekiranya perlu untuk mengenalpasti keadaan jantung, tahap kolesterol dalam darah, pemeriksaan buah zakar untuk mengenali genjala kanser atau ketumbuhan testis atau buah zakar, pemeriksaan pundi prostate dan ujian darah PSA untuk mengesan penyakit pundi prostate dan tahap glukosa dalam darah untuk mengesan penyakit kencing manis.

Kesemua pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berkala dan sekiranya ada masalah rawatan atau rujukan sewajar kepada pakar perubatan dilakukan. Disamping pemeriksaan kesihatan mereka perlu diberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan melalui amalan cara gaya hidup yang sihat saperti pemakanan yang seimbang dan sihat, senaman yang sesuai mengikut umur dan kaunseling kesihatan secara kelompuk atau pendedahan kepada ceramah kesihatan lelaki.

Maklumat seterusnya ialah untuk renungan lelaki dan keluarga tersayang supaya dapat menanafaatkannya bersama.

KESIHATAN KESUBURAN LELAKI

Lelaki yang mempunyai ciri-ciri kesuburan mempunyai anggota reproduksi yang berfungsi normal, mempunyai buah zakar yang menghasilkan sperma yang mencukupi ,salur sperma yang tidak terkandas yang dapat menyalurkan sperma tanpa sekatan keluar salur kencing semasa ejakulasi, pundi prostate, pundi seminal dan pundi Cowpers yang berfungsi normal yang dapat menghasilkan airmani yang mencukupi untuk menampung sperma dan zakar yang berfungsi normal, yang dapat mencapai ereksi untuk disalurkan kedalam faraj semasa persetubuhan dan keupayaan untuk klimaks supaya airmani dapat dipancutkan kedalam faraj.

CABARAN KESIHATAN KESUBURAN LELAKI

Cabaran kesuburan lelaki ialah apabila lelaki itu tidak mempunyai sperma dalam airmani (azoospermia) atau tidak mempunyai bilangan sperma yang mencukupi atau tidak mepmpunyai bilangan sperma yang aktif atau yang berbentuk normal.Masalah kesuburan juga berlaku apabila lelaki itu tidak dapat menyalurkan zakar kedalam faraj atau gagal mencapai ejakulasi.

Kini terdapat 40% daripada pasangan lelaki yang mengalami masalah kesuburan(jumlah yang sama dengan wanita yang kurang sibur)dan bilangan ini dijangka akan meningkat kerana kurang kepekaan lelaki terhadap kesihatan kesuburannya.Kajian diEuropa dan Negara Skandinavia menunjukan yang perubahan alam sekitar dan pencemaran memberi tekanan kepada kesuburan lelaki dan didapati bilangan benih lelaki masa kini lebih kurang jika dibandingkan dengan bilang sperma lelaki 20 tahun yang lalu.Lelaki perlu jumpa dokor bersama pasangan wanita sekiranya pasangan itu tidak dapat chayamata selepas berkhawin lebih setahun.

SEKSUALITI LELAKI

Seksualiti ialah proses pengenalan diri seseorang individu baik lelaki atau perempuan dan proses ini bermula dari peringkat bayi sehingga keperingkat dewasa dan lanjut usia. Sebahagian dari proses ini ialah pengenalan tentang kehendak shaywat dan naluri seksual,hubungan kelamin,kesihatan seksual dan tanggungjawap seksual.

Seksualiti peringkat bayi berbedza dengan seksualiti peringkat remaja dan lanjut usia.Tindakbalas naluri dan shaywat berbedza untuk remaja dan dewasa dan lanjut usia.Remaja mudah terangsang dan mencapai ereksi,dewasa juga sama, cuma yang berbedza ialah ketumpuannya.Pada lanjut usia pula,rangsangan ada dan tumpuan ada tetapi tindakbalas lembab!

CABARAN SEKSUALITI LELAKI

Lelaki muda mengalami masalah cepat klimaks dan yang berumur mengalami masalah disfungsi erektil.Kedua dua masalah ini boleh diatasi jika lelaki tidak rasa segan untuk menjalani pemeriksaan dan bimbingan dengan doctor atau pakar perubatan seksual.Masalah cepat klimaks boleh ditangani dengan meningkatkan daya tahan dengan perubahan caralaku.Untuk masalah yang kronik mungkin dengan ubat tertentu atau dengan pengunaan alat pembantu mengekalkan ereksi saperti alat ‘penile band’ Kajian menunjukkan yang lelaki berumur 40 tahun keatas mengalami ganguan ereksi sebanyak 40% dan yang mati pucuk lebih kurang 15-20% dan angka ini meningkat apabila umur meningkat !danapabila lelaki itu menghidap penyakit kronik saperti kencing manis,tekanan darah tinggi dan sakit koronari.Cara gaya hidup juga mempengaruhi fungsi shaywat lelaki dan didapati lelaki yang merokok,minum minuman keras, tidak menjalankan senaman berkala ,tidak jaga makanan dan mengalami tekanan atau stress akan kerap mengalami mati pucuk.Rawatan termasuk rawatan penyakit kronik saperti kencing manis dan sekiranya ada kekurangan hormone androgen,hormone gantian diberi.Rawatan khusus mati pucuk termasuk ubat ‘PDE 5 inhibitor’ saperti ‘Viagra’,’Cialis’ dan ‘Vardenafil’, alat pam vakum,kaedah suntikan intrakavernosal dan MUSE(ubat gel pengembang salur darah zakar).Pemulihan melalui pembedahan juga ada saperti menanam susuk penile atau melakukan pemintasan salur darah kezakar untuk meningkatkan lagi kemasukan darah kedalam zakar semasa ereksi berlaku.Maklumat lanjut boleh didapati dari doctor pakar.

KESIHATAN MENTAL

Di dapati kadar penduduk Malaysia yang mengalami masalah kesihatan mental ialah 15% dan sebilangan 50% dari jumlah itu memerlukan rawatan perubatan.Sebilangan besar daripada mereka yang memerlukan rawatan ialah kaum lelaki.Jika ditinjau kadar mereka yang membunuh diri dan yang melakukan jenayah akibat tekanan mental,didapati lelaki yang paling banyak!

Lelaki yang mengalami tekanan akan mengalami masalah seksual.Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah menghindar dari tekanan ,elak dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan konflik rumahtangga. Bermaufakat dan cuba menghuraikan masalah dengan pasangan dan sekiranya buntu dapatkan bantuan kaunselor.Banyak bersabar dan jangan terburu buru membuat keputusan tanpa berada dalam keadaan yang stabil.Jangan malu berjumpa para psakologis untuk bantuan sekiranya mendapadi diri tertekan dan tidak tahu cara untuk menyelesaikannya.Penyakit kesihatan mental boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi tubuhbadan dan jika tidak dapat ditangani boleh mengakibatkan tekanan darah,sakit koronari dan bermacam lagi.Kenali tanda tanda tekanan mental dan dapatkan bantuan pakar.
KESIHATAN PENUAAN

Selain daripada kemunculan penyakit kronik saperti tekanan darah tinggi ,kencing manis dan penyakit koronari, perubahan hormon juga berlaku.Lelaki mengalami penurunan hormon kelelakian-androgen, testosterone yang bermula pada awal 30 tahun dan menjadi ketara selepas umur 40 tahun dan keatas dengan kadar penurunan 2% setahun.Kesan awal penurunan hormone kelelakian ialah keletihan, kelesuan, kurang ketumpuan, mudah lupa ,perasaan panas baran, kebingungan, ganguan tidur, rasa kebahangan, kurang minat terhadap seks, mati pucuk dan perasaan dingin.Perubahan ini dikenali sebagai “Andropos”(untuk wanita “Menopos”) Tidak semua lelaki mengalami perubahan ini dan jika ada yang mengalaminya perkara ini akan diterima sebagai perubahan yang harus diterima!Untuk lelaki yang mahu hidup lebih selesa dan mahu mencari penawar, dia boleh rujuk kepada doctor untuk menjalani pemeriksaan.Pemeriksaan awal termasuk pemeriksaan tahap kesihatan dengan ujian saringan tertentu dan seterusnya ujian tahap hormone testosterone.Pemeriksaan sampingan ialah untuk mengukur tahap kesihatan pundi prostat melalui pemeriksaan DRE (digital rectal examination) dan PSA (prostate specific antigen) yang akan disusuli enam bulan atai setahun sekali, sekiranya lelaki itu diberi terapi hormon gantian-Testosterone.

Sebilangan lelaki yang mengalami masalah mati pucuk akan dapati pengambilan hormon testosterone sahaja tidak mencukupi.Dia perlu mendapat rawatan untuk mati pucuk juga.

KANSER ANGGOTA REPRODUKTIF LELAKI

Kanser anggota reproduktif lelaki termasuk kanser pundi prostat,kanser buah zakar dan kanser zakar.Kesemua ini jarang berlaku dan jika berlaku dan dapat dikesan awal akan dapat dipanjangkan jangka hayat lelaki.

Kanser pundi prostat berlaku kepada lelaki berumur 65 tahun dan keatas dan jarang kepada lelaki berumur kurang 50 tahun.Tanda awal kebengkakan prosta ialah masalah kencing tidak puas atau tersekat sekat kerana kebengkakan pundi prostat yang menyekat salur kencing.Kanser prostat jika lewat dikesan akan merebak ke tulang dan mengakibatkan tulang reput.

Cara mengesan kanser pundi prostat:
• Kemunculan symptom kencing tidak lancer atau tersekat sekat
• Menjalani pemeriksaan DRE(Digital Rectal Examination)
• Ujian darah PSA
• Pemeriksaan kencing untuk kesan darah.

Cara menghindar kanser pundi prostate: • Kurangkan makan makanan berlemak
• Kurangkan makan daging merah dan banyakan makan daging putih
• Makan banyak sayur sayuran dan buah buahan
• Kawal berat badan

Kadar kanser buah zakar berlaku ialah 1% daripada kanser yang menyerang lelaki.Boleh berlaku antara umur 15-30 tahun dan jarang berlaku selepas 40 tahun.Kemungkinan berlaku kepada buah zakar yang tidak turun kedalam kerandut ialah empat kali ganda dan sekiranya berlaku kepada lelaki kemungkinan boleh berlaku kepada adik atau abang lelaki itu ialah sepuluh kali ganda.

Cara mengesan kanser buah zakar:
• Kemunculan ketulan atau kebengkakan kepada buah zakar
• Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar(Testicular Self Examination)yang boleh dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki.Dilakukan ketika mandi,pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan dilakukan dari bawah keatas dan dari depan kebelakang dengan meneliti bentuk buah zakar secara menyeluruh.
• Perubahan kepada saiz,bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik dengan berjumpa doctor.
 
< Prev
Advertisement

Latest products

KANDA Teh Pecah Beling
KANDA Teh Pecah Beling
RM 12.00
Add to Cart

Buy Now!

Superior Plastic Support
Superior Plastic Support

Add to Cart

Exclusive Zone






Lost Password?
No account yet? Register

Shopping Cart

Show Cart
Your Cart is currently empty.

Ask Us Directly

Top 5 Movies

Free Product Giveway!

Congratulations to this week's (03/12/2008) winner ismedlukman@yahoo.com please contact us via email to redeem your prize.

 

Anak Yatim

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA
(Rumah Kanak-Kanak Darul Aitam)
Alor Setar, Kedah.
No. 1475, Lorong Seri, Jalan Langgar,
05300, Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7335124
 

News Flash

Join Us for Free! Register now and you could stand a chance to win our product weekly.  If you are already a registered TwoMenNetwork.com user, you do not need to re register. You automatically entered to win free product every week.

We'll automatically enter you into the free product giveaway and special offers. The winner of the free product will be notified by email every Wednesday.

 

Advertisement

Sponsored Links


Contact Us

 Muar,Batu Pahat & Melaka
Azmi
016 3220 628
 
Sabah
Faisal
0126205055 / 0195387266 
 
Agent feature Stokis Terengganu
013 984 3099
Zamri 
 
TOKAN JOHOR
019 380 1871
 
STOKIS PERAK
012 238 9880
 
Pengedar Utama Lembah Kelang
SERI MAYANG RESOURCES
012 343 4100
S-09 LOWER GROUND FLOOR
CARREFOUR CHERAS
Jalan Peel
Kuala Lumpur
 
Atau
 
CARREFOUR AMPANG (Baru!)
SERI MAYANG RESOURCES
012 343 4100
Lot 4B 1st Floor
 
STOKIS LANGKAWI
012 238 9880
 
STOKIS JOHOR
019 380 1871

STOKIS KEDAH
Nazri
012 563 5140

STOKIS PAHANG
Nik Azlan Nik Man
019 952 5295

PENGEDAR UTAMA
Kumpulan KTH
03 6188 0094
016 2987878
 
STOKIS PERLIS
019 380 1871

Pengedar Utama Penang
Utara Maju Enterprise
Mohd Nizam
019 494 6565

Kelantan 
Tn.Hj.Yahya Azmi
Petronas Melor
019 959 4040
 
Pengedar Utama Kelantan
En Nazri Teras Tulen Enterprise
012 900 3334

Pengedar Utama Zon Tengah
En Samsul
016 287 9817