|
Functional Food - Tongkat Ali |
|
|
|
|
Written by administrator
|
|
Tuesday, 15 April 2008 |
|
Functional Food - Tongkat Ali dan Saiz Anda. Functional Food atau lebih dikenali sekarang di Malaysia sebagai makanan kesihatan ialah suatu sumber makanan yang cuba dijaga kesegaran bertujuan untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik atau untuk mencegah sesuatu penyakit berdasarkan elemen elemen istimewa yang dikandunginya.
Dalam industri sains pemakanan, functional food sering diiringi dengan tuntutan kesihatan untuk tujuan perniagaan seperti suatu kenyataan yang mengakui kebaikan tentang sesebuah produk.
Functional Food juga dikenali sebagai nutraceuticals yang merupakan gabungan dari perkataan nutrition(khasiat) dan pharmacetical (industri farmasi) yang juga boleh merangkumi makanan yang telah diubahsuai genetiknya.
Pada November 2004.
Dalam British Journal of Sports Medicine melaporkan bahawa dalam satu kajian klinikal yang dijalankan dengan kawalan 'double-blind placebo', penggunaan tongkat ali ekstrak menyebabkan pertambahan berat badan sebanyak 5% dalam kumpulan rawatan sementara tiada sebarang perubahan dalam kumpulan placebo.
Satu lagi fakta yang menarik dalam journal berkenaan ialah "The mean arm circumference of the treatment group increased significantly by 1.8 cm after the supplementation, from 30.87 (1.88) to 32.67 (1.96) cm (p = 0.011), but there was no significant increase in the placebo group." Ini jelas menunjukkan bahawa dengan penggunaan tongkat ali secara berterusan pada kadar yang telah ditetapkan dapat menambah saiz otot pada badan seseorang lelaki. Adakah ini petunjuk bahawa zakar lelaki juga boleh bertambah saiz dengan pengambilan Tongkat Ali yang cukup?
Berapakah jumlah tongkat ali yang diperlukan oleh badan kita sebagai pengambilan yang cukup? Tongkat Ali telah menunjukkan peningkatan testosteron terhadap pengambilannya. Kajian selanjutnya menunjukkan elemen elemen yang terdapat pada Tongkat Ali berjaya menstimulasikan sel Leydig pada sistem reproduksi untuk menghasilkan lebih hormon testosteron. Ini merupakan satu perbezaan yang nyata antara produk produk testosteron yang lain yang bertujuan menggantikan testosteron yang asli dengan menghalang sel Leydig menghasilkan testosteron sendiri. Ini mengakibatkan sistem reproduksi dan anggota sulit lelaki semakin mengecil.
Walaubagaimanapun maklumat ini tidak begitu digunakan sebagai penerangan kepada para ahli sukan yang sering mengambil produk testosteron selain dari penggunaan Tongkat Ali. Steroid Testosteron dan Anabolic boleh mengakibatkan anggota sulit pengambilnya menjadi semakin mengecil dan sekirannya pengambilan dilakukan secara berterusan kemerosotan saiz akan membawa kepada akibat buruk. Sebaliknya Tongkat Ali merangsang tubuh sendiri untuk mengeluarkan lebih testosteron dan saiz anggota akan turut bertambah apabila tisu persekitaran bertambah.
Bagi kebanyakan lelaki menganggap pertambahan saiz adalah suatu keperluan; tetapi bukan itu sahaja kebaikannya. Pertambahan dalam berat badan dan kesan baik terhadap persembahan seksual seseorang lelaki, seperti tahap ereksi dan tahap pancutan air mani yang lebih kuat. Jadi penggunaan Tongkat Ali dalam badan seorang lelaki memberi kesan yang positif dari segi saiz dan juga struktur aksessori seksual mereka.
Organ kritikal yang mengawal tahap pancutan air mani, juga yang menentukan ereksi yang mantap ialah otot pelvik floor. Walaupun otot ini boleh dilatih secara tetapi hasilnya memerlukan masa dan juga amat sukar untuk dicapai. Dengan pengambilan tongkat ali dan penambahan saiz otot pelvik floor ini, diharapkan kesan yang positif dapat dilakukan untuk mengawal pancutan air mani diluar kawalan.
Hasil Kajian Yang Dijalankan: 1. Perubahan saiz yang nampak ketara. 2. Dos tongkat ali yang diperlukan ialah 200mg ekstrak untuk setiap kg berat badan: Maknanya jika berat badan anda 80kg jumlah ekstrak yang cukup untuk perkembangan badan anda ialah 16 gram ekstrak setiap hari. 3. Kajian dijalankan dengan pengambilan tongkat ali berterusan tanpa henti selama 12 minggu.
 Kajian juga menunjukkan bahawa harga tongkat ali yang mahal telah meningkatkan penyeludupan Sildenafil dan Tadalafil dari negara China ke Malaysia untuk menggantikan elemen tongkat ali kerana murah. Pengambilan produk yang tidak berkualiti seperti yang mengandungi Sildenafil selain dari pengguna sendiri tertipu malahan ia juga mampu membawa kemudaratan kepada pengguna.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 15 April 2008 )
|