Home arrow Knowledge Zone arrow Hukum membayangi orang lain
Hukum membayangi orang lain PDF Print E-mail
Written by administrator   
Thursday, 24 January 2008
Assalamualaikum.

Ustaz, saya ada kemusykilan dalam hal kekeluargaan. Begini persoalan saya, ketika saya berjimak suami saya pernah berterus terang dengzn saya dan mengatakan dia sering membayangkan perempuan lain ketika berjimak dengan saya. Alasannya dia mahu masa berjimak di panjangkan dan kenikmatan lebih puas.

Jika saya tidak salah dalam Islam ada hukum zihar, tetapi zihar ni yang saya paham ialah menyamakan angota tubuh badan dengan muhrim. Tetapi dalam kes saya ini terletak dalam ketegori apa? Apa hukumnya, dan adakah ia sama dengan zihar? Perlukah suami saya membayar kifarah seperti zihar? Harap ustaz dapat memberi maklumat yang secukupnya kepada persoalan saya ini.

Sekian Terima Kasih.

JAWAPAN

WALAIKUMUSSALAM,

Menurut majoriti ulama, hukum membayangkan lelaki dan wanita bukan suami atau isteri semasa melakukan hubungan seks adalah diharamkan. Terutamanay jika ia dijadikan kebiasaan, nafsunya terhadap isteri atau suaminya akan semakin pudar dan beralih kepada si lelaki dan wanita luar yang diharamkan buatnya, maka secara mudahnya ia diharamkan kerana tergolong dalam "Muqaddimat az-Zina" atau jalan-jalan permulaan kepada pelakuan haram zina.

Disebutkan oleh para ulama bahawa :

Ertinya : "kerana mata itu berzina, dan zinanya adalah pandangan yang haram, dan minda juga berzina dan zinanya adalah membayangkan yang diharamkan"
Justeru mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menanggapnya adalah salah satu bentuk zina. Sama juga haramnya minum air kosong sambil dibayangkan minuman arak. Demikian yang disebutkan oleh Ibn Al-Haj Al-Maliki (Al-Madkhal) , Ibn Abidin Al-Hanafi, Ibn Al-Mufleh Al-Hanbali ( Dipetik dari kitab Ar-Ri'ayah al-Kubra oleh Ibn ‘Aqil).

Bagaimanapun tidaklah hukumannya seberat zina yang sebenar hingga disebat atau di rejam hingga mati. Cuma ia tergolong dalam saalah satu dosa. Bermakna, berdasarkanhadith Nabi sesiapa yang mendatangi isterinya maka ia beroleh pahala, maka dalam hal ini, ia beroleh dosa kerana pemikirannya itu.

Sebahagian ulama Syafie hanya menanggapnya sebagai makruh dan hanya tergolong dalam bab haram kerana "Sadd az-Zariah" iaitu bagi menutup jalan-jalan maksiat yang mungkin berlaku hasil perbuatan tersebut. Adapun sebagaia yang diketahui oleh para ulama, setiap perkara yang diharamkan atau tidak digalakkan kerana Sadd Az-Zariah adalah harus di ketika diperlukan. Bermakna, menurut pandangan sebahagian ulama Syafie, jika si suami sebagai contoh amat tidak mampu bersama dengan isterinya kecuali jika membayangkan wanita lain, jika tidak mereka akan bercerai atau pelbagai mudarat besar lain akan berlaku, di ketika yang khas demikian, perbuatan tadi menjadi baginya. Berdasarkan kaedah

Ertinya : "Mudarat yang lebih ringan" ( Al-Asbah Wa An-Nazair, As-Suyuti)

Walaupun demikian, terdapat sebahagian ulama Syafie yang lain sependapat dengan mazhab lain dalam hal mengharamkannya, Antaranya yang disebut oleh al-Iraqi ( Rujuk Torhu At-Tathrib)

Ertinya : "Sekiranya ia menyetubuhi isterinya dan di dalam pemikirannya seseorang yang haram baginya, maka ianaya adalah haram baginya dan setiap penyerupaan itu"

Kesimpulan saya

Memang benar, sebuah Hadith Qudsi menyatakan bahawa

Ertinya : Apabila hambaku bermonolog (memikirkan) untuk melakukan satu kejahatan , maka Aku ( Allah) akan mengampunkannya selagi mana ia tidak melakukannya, dan jika ia lakukannya maka aka dituliskan baginya satu dosa, dan jika ditinggalkannya dituliskannya satu pahala, sesungguhnya ditinggalkannya keranaKU" ( Muslim)

Bagaimanapun pendalilan menggunakan dalil ini untuk mengharuskan tindakan tadi adalah ditolak oleh majoriti ulama kerana pemikiran sedemikian termasuk dalam kategori permulaan zina yang juga diharamkan oleh Allah SWT.

Malah bukan semua hasrat dalaman hati itu terkecuali dari dosa, malah masih terdapat bentuk yang juga akan diazab seperti hadith lain yang berbunyi :-

Ertinya : Apabila bertemu dua Muslim dengan pedang masing-masing berbunuhan satu sama lain, maka keduanya di dalam neraka"

Nabi menambah apabila ditanya sahabat akan mengapa yang dibunuh juga ke neraka dengan kata Baginda :

Ertinya : Ia sangat ingin dan berazam membunuh saudaranya" ( Bukahri dan Muslim)

Ini bermakna apabila ia telah bertindak cuma gagal, ia disamakan dengan mengkhayalakan orang lain ketika persetubuhan yang juga dianggap telah memulakan langkah. Kecualilah jika ia hanya khayalan si bujang.

Pandangan yang terkuat adalah ianya haram sebagaimana majoriti mazhab dan sebahagian ulama Syafie. Sekadar ingin mendapatkan lebih kepuasan dengan tindakan demikian juga adalah haram, malah ia boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada isterinya. Adapunbagi yang sememangnya amat amat terpaksa, ia boleh menjadi harus dengan syarat tidak memberitahu isterinya atau suaminya akan hal demikian bagi menjaga perasaan mereka. Wallahu'alam. Bagaimanapun ia tidak termasuk dalam kategori zihar.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

4 Mei 2007
Last Updated ( Thursday, 24 January 2008 )
 
< Prev   Next >
Advertisement

Latest products

KANDA Teh Pecah Beling
KANDA Teh Pecah Beling
RM 12.00
Add to Cart

Buy Now!

Penjagaan Kesihatan Seksual
Penjagaan Kesihatan Seksual

Add to Cart

Exclusive Zone






Lost Password?
No account yet? Register

Shopping Cart

Show Cart
Your Cart is currently empty.

Ask Us Directly

Top 5 Movies

Free Product Giveway!

Congratulations to this week's (03/12/2008) winner ismedlukman@yahoo.com please contact us via email to redeem your prize.

 

Anak Yatim

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM TERENGGANU (PERKAYA)
423-B, Jalan Pusara, 20400,
Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6224924
 

News Flash

Join Us for Free! Register now and you could stand a chance to win our product weekly.  If you are already a registered TwoMenNetwork.com user, you do not need to re register. You automatically entered to win free product every week.

We'll automatically enter you into the free product giveaway and special offers. The winner of the free product will be notified by email every Wednesday.

 

Advertisement

Sponsored Links


Contact Us

 Muar,Batu Pahat & Melaka
Azmi
016 3220 628
 
Sabah
Faisal
0126205055 / 0195387266 
 
Agent feature Stokis Terengganu
013 984 3099
Zamri 
 
TOKAN JOHOR
019 380 1871
 
STOKIS PERAK
012 238 9880
 
Pengedar Utama Lembah Kelang
SERI MAYANG RESOURCES
012 343 4100
S-09 LOWER GROUND FLOOR
CARREFOUR CHERAS
Jalan Peel
Kuala Lumpur
 
Atau
 
CARREFOUR AMPANG (Baru!)
SERI MAYANG RESOURCES
012 343 4100
Lot 4B 1st Floor
 
STOKIS LANGKAWI
012 238 9880
 
STOKIS JOHOR
019 380 1871

STOKIS KEDAH
Nazri
012 563 5140

STOKIS PAHANG
Nik Azlan Nik Man
019 952 5295

PENGEDAR UTAMA
Kumpulan KTH
03 6188 0094
016 2987878
 
STOKIS PERLIS
019 380 1871

Pengedar Utama Penang
Utara Maju Enterprise
Mohd Nizam
019 494 6565

Kelantan 
Tn.Hj.Yahya Azmi
Petronas Melor
019 959 4040
 
Pengedar Utama Kelantan
En Nazri Teras Tulen Enterprise
012 900 3334

Pengedar Utama Zon Tengah
En Samsul
016 287 9817