Plastic Base Ring
Spare parts from Andro Medical originally made for Andro Penis Gold. Get from us, you can ensure the genuiness.
Product Details...
RM 150.00
Average customer rating
Total votes: 0
| KANDA Teh Pecah Beling
Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencat pertumbuhan sel kanser. Bahan ini juga mampu menurunkan paras kolestrol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolestrol di dalam usus sekali gus menyebakan kolestrol menjadi makanan tidak dapat diserap.
Product Details...
RM 12.00
Average customer rating
Total votes: 0
|
| Pelajari Hukum MLM, Forex dan lain lain |
|
|
|
| Written by administrator | |
| Thursday, 24 January 2008 | |
|
"Bila saya masuk web ni, saya dapati semuanya haram, itu haram ini haram naik pening kepala" rungut seorang pelawat web melalui ruangan komentar. Memang benar, asal hukum bagi hal ehwal mu'amalah perniagaan dan jual beli adalah harus sehingga dibuktikan ianya haram. Kerana itu, kajian saya sememangnya HANYA mencari samada terdapat unsur haram atau tidak. Unsur harus tidak perlu dicari lagi kerana hukum asalnya memang harus selagi belum dibuktikan haram. Lalu memang tanggungjawab saya menyatakan kenapa ia haram menurut kajian dan ilmu yang saya ada. Saya akan menjawab persoalannya dengan jawapan dan dalil (jika saya telah mengkajinya). Cuma saya mungkin akan marah serta tidak melayannya kerana cara penyoal yang tidak beradab ketika ingin mendapatkan penjelasan ilmu. Jika biadap begini, sila pergi cari orang lain untuk penjelasan. Ada juga yang saya terus letakkan hand phone kerana tiada adabnya si penanya hukum, jika tidak terus letak, saya akan membuat pelbagai alasan untuk letak. Adakah anda pernah terkena sedemikian dengan saya? Kemudian saya akan menunggu respondnya untuk mematikan setiap hujjah dan dalil yang saya gunakan dengan tepat. Jika ia berjaya mematikan setiap hujjah dan dalil yang saya gunakan dengan baik, nescaya hukum urusniaga tadi akan kembali menjadi harus seperti asalnya. Saya juga pasti gembira jika ia harus dan halal. Malah mungkin akan menyertainya juga. Ibarat sebuah kereta baru sebelum dikeluarkan dari kilang, ia perlu dihujani pelbagai ujian demi memastikan ia selamat untuk dipandu di jalanraya. Maka individu Shariah seperti saya ibarat tukang uji produk dan urusniaga kewangan dari sudut Shariah, jika ia berjaya dan lulus..mari kita kempen kerana ia selamat digunakan. Jika tiada hujjah balas yang logik dan benar, jika tidak haram sekalipun paling kurang ia akan duduk ditangga syubhah kerana saya bukan ahli majlis fatwa di Malaysia ini. Tatkala itu, terpulang kepada anda untuk menggunakan aqal, kemampuan memahami hujjah saya dan bertanya kepada iman di dalam hati sendiri :"siapa yang patut aku turuti?" Namun, tidak mudah untuk menyongsang arus duit yang masuk ke poket orang, saya masih ingat betapa ramainya orang tidak puas hati masuk ke web saya dengan bahasa biadap dan kotor. Kebanyakkan dipadamkan tanpa siar dan baca. Respond Biasa Pada kebiasaannya hujjah dan dalil saya tidak berbalas dengan sesuatu yang ilmiah tapi kerap kali berbalas dengan hal-hal dan ayat yang tidak berkaitan serta langsung tidak boleh dijadikan hujjah seperti : "Saya minta ustaz kaji dengan lebih halus" "Ustaz tidak faham" "Jangan tutup periuk nasi orang lain" "Jangan susahkan kami" "Habis, ramai orang masuk ini, termasuk ustaz-ustaz di Jabatan fiqh sebuah universiti, takkan semua mereka tak tahu dan hanya ustaz seorang yang tahu?" "habis bank buat macam mana?" "Ia sama dengan senarai yang dilulus oleh Suruhanjaya Sekuriti, apa ulasan ustaz" (sepatutnya mereka dahulu yang patut menerangkan dimana bentuk persamaan dengan isu yang didakwanya sama, bukan mengarahkan saya dan menunggu dari saya) " Ada mufti kata harus, siapa lebih autoriti dari dengan ustaz" Mata Duitan vs Mata Pahala - Inilah ayat-ayat lazim respond terhadap hujjah ringan saya, belum lagi di bawa hujjah yang mungkin lebih berat. Malah ulasannya juga telah saya permudahkan sedaya mampu agar ‘lay audien' mampu memahaminya, jika tidak mampu memahaminya secara ‘line by line', paling kurang pun maksud utama secara umum. Ini tidak , belum baca habis dalil dan ulasan saya, terus bertempik marah dan merungut. Kita nak tolong dia agar selamat dari riba, dosa dan azab alam barzakh sedaya mampu berlandaskan panduan para ulama, kita pula dimarahinya. Namun itulah sunnah dalam mencegah kemungkaran dan mengajak kebaikan. Perjuangan sukar dianggap sebagai perjuangan tanpanya. Keluar Mulut Harimau, Masuk Mulut Buaya Tidak dinafikan ada juga yang berhujjah, tetapi ibarat kata pepatah : "keluar mulut harimau, masuk mulut buaya", sebagai contoh dalam isu leverage forex. Apabila saya menulis bahawa terdapat banyak isu jika leverage itu adalah pinjaman, bagi mengelakkan hujah saya, pihak penyokong leverage forex trading internet ini dengan segera menafikan bahawa ianya adalah pinjaman. Mereka dengan cepat menyatakan ia bukan ‘pinjaman' tetapi ‘saiz kontrak' sahaja. Iaitu berbekalkan wang USD 100, anda mampu mengikat satu kontrak yang mempunyai kemampuan nilai jualan sehingga USD 10,000 atau lebih. Malangnya percubaan mereka untuk melarikan dari pelbagai masalah dari isu ‘leverage seperti pinjaman dana', menjeratkan mereka dalam isu Shariah yang lebih dahsyat. Iaitu : - a- Jatuh dalam riba al-fadhl : Transaksi itu akan menjadi seperti mereka membeli duit dengan duit. Mana tidaknya, mereka membayar USD 100 untuk memperolehi kontrak leverage yang bernilai USD 10,000. Inilah yang dinamakan RIba Al-Fadhl di dalam Islam. Syarat utama yang mesti dipantau apabila menjual matawang yang sama seperti jual USD untuk mendapatkan USD mestilah sama nilainya, sebarang lebihan dan kurang dari sebelah pihak adalah Riba al-fadhl. b- Jatuh dalam riba an-nasiah : Transaksi itu juga diharamkan kerana si pembeli sudah membayar USD tetapi pihak syarikat yang menawarkan kontrak bersaiz USD 10,000 itu belum lagi memasukkan sebarang nilai sebenar wang USD di dalam akaun peserta sejurus peserta membayar. Ini menjadikan jatuh dalam Riba An-Nasiah kerana tiada serah terima dalam satu masa yang menjadi syarat dalam forex Islam. (Al-Ma'ayir As-Shari'yyah, AAOIFI, hlm 5) c- Berniaga bukan dengan wang sebenar : Selagi lagi isu ini berlaku, kerana pada hakikatnya tiada jumlah sebanrn USD 9,900 diberikan kepada peserta forex, kontrak yang bersaiz hanyalah satu nilai di atas awang-awangan. Justeru, menjaul perkara seperti ini adalah tidak sah kerana ia tergolong dalam menjaul sesuatu yang bukan dalam pemilikan yang diharamkan oleh nabi s.a.w. Tidak mengapalah saya telah agak lali dengan keadaan seperti ini, dan setiap kali saya menulis sesuatu hukum berkaitan urusniaga baru, saya amat faham ia hanyalah pendapat peribadi saya, bukan fatwa dan ia tidak mengikat sesiapa. Masing-masing boleh mengkaji dan membaca sendiri ulasan saya dan kemudian membuat penilaian sendiri. Kemudian ia urusan anda dengan Allah s.w.t. Saya hanya cuba menggunakan sedikit ilmu kurnian ilmu yang dianugerah Allah disulami dengan niat baik untuk menyelamatkan umat dari dosa riba. Itu tugas saya sebagai orang yang belajar, khalifah Allah di muka bumi dan juga sebagai ahli akademik, saya tidak mahu menjadi ahli akademik yang hebat dengan kajian dan tulisan bertahap tinggi yang tidak mampu difahami oleh 90 % manusia, saya ingin jadi ahli akademik yang menyumbang kepada manusia ramai yang 90%, biar pun ia tidak dihormati oleh 10 % yang berfikiran tinggi. Dengan tulisan dan kajian saya itu, mungkin saya silap dan mungkin saya benar. Cara Umar Al-Khattab Adakah saya zalim jika menutup periuk nasi anda kerana pandangan peribadi saya ?. Saya tidak rasakan demikian kerana Khalifah Umar Al-Khattab r.a juga melakukannya apabila ia berkata:- Ertinya : "Aku bimbang pula sekiranya kami tertambah riba ini kepada beberapa kali ganda (banyaknya dan jenisnya) lantaran kerana takutkan jatuh di dalamnya" (Al-Muhalla, Ibn Hazm, 8/477) Demikian juga katanya lagi :- Ertinya : "Telah kami tinggalkan 9/10 dari perkara halal kerana takutkan riba" ( Musannaf Ibn Abi Syaibah, 6/464 ; Al-Baihaqi, 6/225; Al-Muhalla, Ibn Hazm, 8/477 ) Adakah ingin kita katakan khalifah agung seperti Umar al-Khttab r.a menutup periuk nasi sahabat lain dengan fatwanya?. Sudah tentu niatnya adalah untuk menyelamatkan umat Islam dari riba yang tersembunyi, syubhah Riba dan unsur haram. Isu Rumit & Terlindung Tidak dinafikan isu riba memang terlindung ilmunya dari ramai. Tidak sesekali ingin saya mendabik dada mengatakan saya pakar dan faham, jauh sama sekali. Kebiasaannya apa yang saya tampilkan adalah keputusan ijtihad berkumpulan yang di lakukan oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dan juga Majlis Penasihat Shariah Badan Perakaunan dan Kewangan Islam Antarabangsa. Jarang-jarang pendapat yang saya utarakan dari diri sendiri semata-mata. Ini adalah kerana bab sebegini memang sukar dan memerlukan kepada idea-idea dan ilmu dari pelbagai ulama. Justeru dalam hal ini, saya kerap merujuk kepada majlis ulama yang dianggotai oleh para ulama sedunia yang disebut tadi, ia merupakan rujukan yang terbaik. Malah bukan semua ulama besar dunia mampu memberikan fatwa yang konkrit dalam bidang ini, hanya mereka yang berkecimpung khusus dan setiap hari bergelumang dengan kajian ini mampu tampil dengan keputusan kukuh serta meyakinkan. Sukarnya Isu Riba & Tempelak Mufti ? Justeru tidak perlulah, menafikan keilmuan seseorang ustaz yang tersilap dalam menyertai skim itu dan ini. Keadaan ini hanya akan menyebabkan ia cuba menegakkan benang basah kerana menjaga air mukanya. Semuanya disebabkan oleh desakan dan takut dianggap tidak alim oleh orang awam. Tidak perlu juga menempelak para mufti, JAKIM dan lain-lain kerana senyap sunyi dari pelbagai isu kewangan di sekeliling. Kesimpulannya, ia memang sukar dikaji. Tambahan pula jika yang ditanyakan adalah sebuah skim ganjil, syarikat atas angin, tiada lesen dan sebagainya. Sudah tentu semakin kurang semangat pihak berkuasa seperti JAKIM untuk mengkajinya. Sebagaimana juga JAKIM enggan menyemak dan mengesahkan produk makanan yang dihasilkan oleh kilang tanpa lesen dan mencapai standard tertentu. Ingin saya tegaskan adalah kerumitan hal ehwal riba ini memang bukan calang-calang bidang, malah ia juga sukar buat semua ilmuan Islam termasuk para sahabat Nabi s.a.w, tabien dan ulama besar sejak zaman silam lagi. Khalifah Umar Al-Khattab r.a berkata : Ertinya : "Tiga perkara yang amat aku harapkan agar Rasulullah s.a.w sempat bersama kami sehingga kami jelas berkenaannya : Hal kedudukan datuk (dalam waris), Kalalah (waris yang tiada anak dan ibubapa), dan bab-bab berkaitan riba" (Riwayat Al-Bukhari ) [1] Beliau juga disebutkan berkata :- Ertinya : Sesungguhnya demi Allah, tidaklah kami ketahui mungkin kami menyuruh kamu sesuatu, rupa-rupanya ia tidak baik buatmu (kerana riba), dan mungkin juga kami melarangmu dari sesuatu perkara yang rupanya baik (halal tetapi disangka riba) buatmu, ini kerana ayat berkaitan riba adalah antara ayat terakhir yang diturunkan, dan baginda Nabi s.a.w wafat sebelum sempat menjelaskannya (secara terperinci) kepada kami, Justeru tinggalkan yang meragukan kepada yang tidak meragukan" ( Riwayat Ad-Darimi ) [2] Selain itu Imam Ibn Kathir pula berkata :- Ertinya : "Bab Riba adalah dari bab yang paling sukar bagi kebanyakkan ahli ilmu (ulama)" ( Tafsir Al-Quran al-Azim, 1/327 ) Tegas Imam Abu Hamid Al-Ghazzali (wafat 505 H) pula : Ertinya : "Bab riba adalah masalah-masalah yang paling sukar dan mengelirukan" ( Syifa al-Ghalil fi Bayan As-Shabah, hlm 359) Pakar ilmu Usul Fiqh dan Maqasid Shariah, Imam As-Syatibi (wafat 790 H) mengatakan :- Ertinya : "Sesungguhnya riba adalah tempat penelitian yang kerap tersembunyi dari mujtahidin, dan ia adalah dari perkara yang paling tersembunyi serta kurang jelas maknanya sehingga ke hari ini" ( Al-Muwafaqat fi Usul Al-Ahkam, tahqiq Muhydin Abd Hamid, 4/42) Justeru dengan ini tidak timbul lagi isu, "kenapa ramai ustaz tidak faham?" "kenapa ustaz seorang sahaja yang kelihataan bersungguh dalam isu ini, ustaz lain tidak ada pun" Itulah salah satu dari jawapannya. Kesimpulan Hukum asal seluruh urusniaga perniagaan dalam apa jua bentuk adalah harus kecuali ada dalil yang membuktikannya haram. Apabila telah wujud dalil menunjukkan ia haram serta tiada hujjah balasan konkrit untuk menafikannya, sesuatu urusniaga itu paling pun akan bertukar menjadi syubhat, jika tidak menjadi haram. Islam mengajar kita agar menjauhi syubhat sebagaimana yang disebut Umar Al-Khattab tadi walaupun terpaksa mengorban 9/10 cara niaga yang mungkin halal. Janganlah terlalu liberal sehingga terlalu mudah menghalalkan sesuatu urusniaga tanpa diteliti, kelak ia akan menyusahkan di barzakh. Jangan pula mengharamkannya tanpa dalil dan logik pendalilan (wajh istidlal) yang sesuai. Kelak akan menyusahkan diri dan memundurkan agama. Oleh kerana keharusan urusniaga tidak memerlukan dalil, maka saya dan web saya ini banyak memfokuskan kepada perkara yang haram disekeliling. Tidak perlu dipeningkan kerana yang haram itu sedikit, yang harus itu banyak. Memang saya fokus kepada pendedahan skim & urusniaga haram berbanding menyebar luaskan yang harus, kerana yang harus tidak memerlukan banyak promosi berbanding yang haram kerana terjebak dalam yang haram merosakkan iman, barzakh dan akhirat. Jika masih pening, silalah ke web yang tidak memeningkan. Adapun bagi saya, pening di dunia kerana kurang duit halal lebih elok dari pening di barzakh kerana banyak azab akibat banyak duit haram. Akhirnya Nabi s.a.w bersabda :- Ertinya : "Tinggalkanlah apa yang kamu ragui kepad aapa yang tidak diragui" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1946, 2/733 ) Bukankah Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:- Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219) Fikirkanlah....... Sekian Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 16 Jan 2008 |
|
| Last Updated ( Tuesday, 08 April 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|
KANDA Teh Pecah Beling
![]() RM 12.00 Add to Cart |
Andro Hair
![]() Add to Cart |
| Home |
| Knowledge Zone |
| BLOG |
| Contact Us |
| Search |
| FORUM |
| TMN ONLINE MALL |
sexual women increase testosterone medical health yatim treatment partner growth andro zakar ejaculation extract pasangan seksual orgasm estrogen hubungan traction length kanda oral effect ereksi vagina faraj
List All Products |
|
|
Advanced Search |
|
| Download Area | |
| Show Cart | |
| Your Cart is currently empty. |
|
Congratulations to this week's (03/12/2008) winner ismedlukman@yahoo.com please contact us via email to redeem your prize. |
|
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM MALAYSIA (PEYATIM) 37, Jalan Nirvana 39, Taman Nirvana, 68000 Ampang, Selangor Tel: 03-92861992 Fax: 03-92864872 |
|
Join Us for Free! Register now and you could stand a chance to win our product weekly. If you are already a registered TwoMenNetwork.com user, you do not need to re register. You automatically entered to win free product every week. We'll automatically enter you into the free product giveaway and special offers. The winner of the free product will be notified by email every Wednesday. |