Knowledge Zone
Menilai kesan pendidikan seks | Menilai kesan pendidikan seks |
|
|
|
| Written by administrator | |
| Tuesday, 22 January 2008 | |
|
PERBUATAN jenayah dan salah laku seks di kalangan remaja adalah antara gejala kemerosotan akhlak yang kian membimbangkan. Apatah lagi apabila kajian yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dua tahun lalu mendapati bahawa antara yang terbabit dalam kes jenayah dan kegiatan salah laku seks ialah remaja berusia 12 tahun. Mungkin kebimbangan inilah yang mendorong Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) mencadangkan supaya mata pelajaran seks diperkenalkan di sekolah menengah, walaupun belum ada kajian yang membuktikan bahawa ketiadaan pendidikan seks sebagai satu mata pelajaran atau kegiatan kokurikulum adalah faktor yang menyebabkan meningkatnya penyelewengan seks di kalangan remaja. Namun, sesuai dengan fungsi dan tanggungjawab sosial institusi pendidikan, cadangan KPNPM yang dikemukakan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail adalah wajar. Malah dari perspektif pembangunan kemanusiaan, cadangan ini jika dilaksanakan dengan bijaksana boleh memberi sumbangan positif kepada matlamat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bukanlah sesuatu yang keterlaluan apabila mengharapkan proses pendidikan yang bersepadu dan berterusan merangsang remaja mengenal pasti dan membezakan nilai murni kemanusiaan dan kehidupan dengan lebih rasional dan mampu menghayati nilai ini dengan bijaksana dan berhemah, khususnya berkaitan seks. Bukan juga mustahil bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terancang, kefahaman seks dapat diterapkan untuk meningkatkan keprihatinan remaja terhadap gejala negatif seks. Setidak-tidaknya, program pendidikan yang terancang dan menyeluruh dapat mengubah tanggapan remaja terhadap seks kepada persepsi yang lebih insani dan suci. Melalui pembelajaran dan perbahasan yang terpimpin mengenai fungsi seks misalnya, remaja setidak-tidaknya dapat memahami hakikat seks sebagai kegiatan reproduktif semula jadi yang penting dan yang diamanahkan untuk kesinambungan zuriat dan pewarisan genetik yang ditakdirkan, demi kelangsungan generasi. Dengan kefahaman ini, setidak-tidaknya, remaja dapat menyedari tanggungjawab masing-masing sebagai sumber baka keturunan bagi kesejahteraan dan keselamatan generasi akan datang. Bagaimanapun, tindakan memperkenalkan pendidikan seks sebagai mata pelajaran atau aktiviti kokurikulum secara tergesa-gesa akan hanya menyebabkan pelbagai kesan luar jangkaan. Ini kerana seks bukan sekadar kegiatan fizikal kehidupan tetapi suatu fenomena atau fitrah kewujudan yang kompleks dan abstrak. Oleh itu, menganggap seks dari aspek yang berasingan, walau bagaimana saintifik dan sistematik sekali pun, tidak akan menghasilkan kefahaman atau gambaran menyeluruh yang realistik dan objektif selaras hakikatnya sebagai satu fenomena kewujudan. Apatah lagi seks bukan saja membabitkan elemen fisiologi, tetapi juga unsur berkaitan keghairahan dan kepuasan nafsu, kerelaan dan iltizam perasaan, serta kesediaan dan kesanggupan dari segi psikologi. Dengan demikian, sebarang kesilapan dan kecuaian dalam pelaksanaan pendidikan seks yang cuba diperkenalkan akan menyebabkan kerosakan kepada norma sosial dan nilai keagamaan yang sukar diperbaiki. Misalnya, memperkenalkan seks sebagai satu proses pengawanan dan pembiakan antara individu manusia, hanya akan memberi pengetahuan saintifik yang menyumbang kepada perkembangan kognitif (pengetahuan semata-mata tanpa membabitkan emosi) remaja. Remaja akhirnya akan mencapai tahap literasi dan kefahaman seks dengan mengetahui struktur dan fungsi organ seks, memahami bagaimana proses pengawanan dan persenyawaan antara sel pembiakan (iaitu sperma dan ovum) berlaku, mengetahui fisiologi edaran haid dan edaran kesuburan wanita dan mengetahui peringkat perkembangan janin di dalam rahim ibu dan perubahan yang berlaku dalam tempoh hamil. Remaja juga akan mendapat gambaran sebenar mengenai bagaimana sperma boleh memasuki sistem pembiakan wanita melalui hubungan jenis dan berdasarkan gambaran ini mereka boleh, secara rasional, merumuskan kaedah yang boleh digunakan untuk mengelakkan kehamilan atau dijangkiti penyakit yang merebak melalui hubungan jenis. Dengan pengetahuan yang diperolehi secara formal ini, mereka lebih berkeyakinan membincangkan isu seks dan mengadukan masalah yang mereka hadapi atau berusaha mencari penyelesaiannya. Dalam pada itu, mereka juga diandaikan tidak mudah terpengaruh dan terbabit dengan kegiatan maksiat. Bagaimanapun, pada masa yang sama, literasi dan kefahaman seks secara langsung atau tidak akan merangsang keinginan mencuba melakukan hubungan jantina di kalangan remaja. Inilah antara implikasi luar jangkaan yang tidak boleh diabaikan begitu saja. Kecenderungan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada pengetahuan semata-mata untuk mengubah sikap dan tingkah laku adalah berbahaya. Hal ini disedari pakar pendidikan di Barat terutama Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu. Misalnya, pada 1994 berdasarkan hasil penyelidikan mengenai program pendidikan seks, pakar ETRA Association yang berpusat di Santa Cruz, California, merumuskan bahawa pelajar yang menerima pendidikan seks lebih mengetahui mengenai haid, hubungan jenis, kaedah mencegah kehamilan dan cara mengelakkan jangkitan penyakit melalui hubungan seks. Malangnya perilaku seks mereka tidak selaras pengetahuan yang mereka perolehi. Menurut penyelidik terbabit, pengetahuan seks tidak mempunyai kesan bermakna dalam melakukan hubungan jenis atau untuk menangguhkannya, atau pun untuk mengurangkan kehamilan tanpa pernikahan. Sebaliknya pelajar yang tahu menggunakan kaedah mencegah kehamilan berkemungkinan besar menggunakannya dengan lebih kerap untuk melakukan apa yang digelar di Barat sebagai seks selamat. Apa yang didapati juga ialah kebanyakan pelajar yang mengikuti pendidikan seks mengikut pendekatkan Pendidikan Seks Komprehensif (Comprehensive Sex Education), suatu pendekatan yang dikatakan menerima sokongan Persatuan Kebangsaan Sekolah Psikologi, Persatuan Perubatan Amerika, Lembaga Persatuan Kebangsaan Sekolah dan Persatuan Perubatan untuk Remaja - menganggap seks hanya sebagai sebahagian daripada kehidupan, sama penting seperti mata pelajaran lain dan kegiatan berkaitan seperti membaca dan membuat eksperimen. Demikianlah, dengan memperkenalkan mata pelajaran seks, remaja seolah-olah didedahkan kepada potensi seks yang ada pada diri masing-masing dan kaedah yang selamat untuk mereka menyalurkan potensi itu. Berdasarkan pengetahuan yang diberikan, remaja ini dapat memanfaatkan potensi seks masing-masing secara terancang untuk memenuhi keinginan dan keperluan seksual mereka tanpa memudaratkan diri atau pasangan masing-masing. Secara tidak langsung juga, pengenalan pendidikan seks akan dianggap remaja sebagai penurunan kuasa dan hak seks masing-masing, di samping memberi mereka pilihan menggunakan kuasa dan hak itu. Apakah tidak mungkin tanggapan ini disalahertikan sebagai kebenaran melakukan seks secara bebas? Inilah satu lagi implikasi luar jangkaan yang membimbangkan. Jika diabaikan, kesan kedua ini bukan sahaja akan mencemarkan norma sosial dan adat resam, tetapi juga maruah bangsa dan kesucian agama. Kegagalan program pendidikan seks di Barat perlu dijadikan teladan. Falsafah Pendidikan Seks Komprehensif di Amerika Syarikat yang menekankan bahawa pendidikan yang memberikan pengetahuan seks yang menyeluruh ialah strategi terbaik untuk melahirkan remaja yang lebih bertanggungjawab terhadap kelakuan hubungan seks masing-masing. Ini termasuk menahan diri daripada meneruskan hubungan seks bebas, hubungan seks selamat, hubungan seks menggunakan kondom dan bersedia melakukan onani yang tidak memudaratkan supaya bilangan remaja yang hamil dapat dikurangkan dan penyakit berjangkit melalui hubungan seks dapat dicegah. Semua ini ternyata bukan falsafah yang sesuai di negara ini. Dari segi pelaksanaan, falsafah Pendidikan Seks Komprehensif menganjurkan pendekatan berasaskan fakta dan maklumat walaupun kaedah dan media penyampaiannya dipelbagaikan. Pendekatan akademik seperti ini tidak mungkin dapat menghuraikan secara objektif interaksi unsur bukan fizikal seperti emosi dan nilai hubungan kemanusiaan, harapan dan perasaan atau keinsafan tanggungjawab, kasih sayang dan kemelut psikologi yang turut mengaduni hubungan seks. Dengan demikian, apa yang akan diajar guru hanya seks sebagai proses atau kegiatan dengan kepentingannya dibincangkan berasaskan logik saintifik. Mungkin di negara yang remajanya diberi kebebasan seks, pelaksanaan pendidikan seks yang menggunakan pendekatan akademik semata-mata tidak janggal. Malah mungkin inilah pendekatan yang paling sesuai dan mudah dilaksanakan. Dua implikasi luar jangkaan yang dinyatakan tidak memberi kesan yang besar kepada kehidupan dan maruah rakyat di negara terbabit, tetapi tidak di Malaysia. Sehubungan itu, sebarang cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah di negara ini perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh, khususnya dari segi falsafah, matlamat dan pendekatan yang akan digunakan. Sekiranya pendidikan seks yang hendak diperkenalkan itu hanya untuk 'memberi pengetahuan asas seks yang memadai' atau 'meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai seks' atau 'membendung penularan masalah sosial akibat kurang arif mengenai seks' atau 'memberi penjelasan serta berbincang mengenai seks dengan remaja', maka kaedah dan kurikulum pendidikan seks yang kini digunakan di sekolah sudah memadai.
seperti yang dilaporkan oleh BH Edisi Internet - Sabtu, 13 Mac 1999 |
| < Prev | Next > |
|---|
KANDA Teh Pecah Beling
![]() RM 12.00 Add to Cart |
KANDA Teh Pecah Beling
![]() Add to Cart |
| Home |
| Knowledge Zone |
| BLOG |
| Contact Us |
| Search |
| FORUM |
| TMN ONLINE MALL |
sexual women increase testosterone medical health yatim treatment partner growth andro zakar ejaculation extract pasangan seksual orgasm estrogen hubungan traction length kanda oral effect ereksi vagina faraj
List All Products |
|
|
Advanced Search |
|
| Download Area | |
| Show Cart | |
| Your Cart is currently empty. |
|
Congratulations to this week's (03/12/2008) winner ismedlukman@yahoo.com please contact us via email to redeem your prize. |
|
DARUL KIFAYAH Kg Batu, Batu 5 51200 Jalan Ipoh, WP Kuala Lumpur Ust. Mohd. Nizam Haji Yahya. Tel : 03-62570960, 03-62576864 Fax : 03-62581254 |
|
Join Us for Free! Register now and you could stand a chance to win our product weekly. If you are already a registered TwoMenNetwork.com user, you do not need to re register. You automatically entered to win free product every week. We'll automatically enter you into the free product giveaway and special offers. The winner of the free product will be notified by email every Wednesday. |