|

Women Massage Oil 
Men Massage Oil Rawatan Aromaterapi. Untuk Lelaki Berinspirasikan CK Escape Untuk Perempuan Berinspirasi Lancome Miracle
Hasil Ramuan dan teknologi terkini yang sangat sesuai digunakan seluruh badan termasuk untuk merangsang syahwat dan untuk melegakan semua masalah. Herba Asas: NILAM – Herba tradisional yang digunakan dengan pelbagai cara untuk pelbagai fungsi. Dalam bentuk rebusan ia bagus untuk rawatan sakit tekak, asma, batuk dan demam. Dalam bentuk ekstrak pada peringkat antarabangsa, Nilam digunakan sebagai fixative dalam proses penghasilan minyak wangi. Dalam industri produk rumah tangga Nilam digunakan untuk pembuatan sabun, detergen, syampu dan ubat anti serangga. Nilam juga digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan.
Fungsi Bau – afrodisiak/perangsang, tonik untuk saraf. Teraputik – anti depressen, anti toksik, stimulan Psiko Emosi – relaxing/melegakan, kesegaran dari stress, mengurangkan masalah berkaitan stress. Fizikal. – meredakan Acne, dermatitis, ekszema, kekeringan kulit
SELASIH – Herba tradisional ini juga digunakan diseluruh dunia. Di Amerika Syarikat ia digunakan untuk produk kecantikan dan aroma yang menarik. Juga dijadikan pilihan untuk produk lanskap bagi menghiasi bangunan dan taman. Digunakan dalam keadaan segar atau kering untuk masakan. Ekstrak daun selasih digunakan dalam industri farmaseutikal, minyak wangi, aromaterapi dan makanan. Digemari juga untuk diletakkan didalam makanan untuk keaslian bauan dan perisan.
Fungsi Bau – Penyegaran, Penceriaan Teraputik – Adrenal Stimulan, Anti Depressen Psiko Emosi – Meningkatkan konsentrasi, meredakan system saraf. Fizikal. – meredakan sakit kepala, mengurangkan kesan alergi dari sinus dan stress Cuma RM 20 untuk setiap satu ATAU harga lebih baik Lagi untuk pemegang Privilege Card RM 15 Sahaja untuk setiap satu. Tidak beralkohol dan Tidak mengandungi enzim haiwan. Khasiat Teh Mas Cotek, Pecah Beling dan Misai Kucing. 
KHASIAT EMAS COTEK Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga. Antaranya penyakit yang dapat dibantu: 1. Mengeluarkan toksin dalam badan 2. Melancarkan perjalanan darah 3. Sakit urat saraf 4. Gout 5. Kencing manis 6. Darah tinggi 7. Membuang kolestrol dan lemak 8. Buasir 9. Migraine 10. Paru-paru berair 11. Pemulih tenaga batin 12. Sakit puan 13. Senggugut 14. Sakit pinggang 15. Keletihan 16. Masalah tidur 17. Rangsangan hormon lelaki 18. Mengecutkan rahim peranakan 19. Merapatkan pintu rahim 20. Sakit lutut 21. Mencantikkan dan melicinkan kulit 22. Demam/ Selesema 23. Awet muda

Pecah Beling Digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis, serta batu karang, dan juga sebagai diuretik. Dapat merencatkan pertumbuhan retrovirus, agen dalam jangkitan virus, seperti kurang daya tahan melawan penyakit atau AIDS, dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Bertindak secara efektif untuk merencat pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati, kanser payudara dengan mengarah sel kanser ini mati dengan semula jadi tanpa kesan sampingan. Di samping itu, ekstrak pecah beling in juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukkan kanser. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencat pertumbuhan sel kanser. Bahan ini juga mampu menurunkan paras kolestrol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolestrol di dalam usus sekali gus menyebakan kolestrol menjadi makanan tidak dapat diserap. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap anti oksigen yang tinggi. Ia juga dapat merencatkan pertumbuhan sel kanser payudara dan kanser ovari.

Kegunaan & Khasiat Misai Kucing
Mengikut tradisi dan beberapa kajian yang dilakukan di Malaysia atau luar negara, Teh Misai Kucing digunakan sebagai minuman kesihatan dan dipercayai dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Pelanggan kami menggunakan teh Misai Kucing untuk: • Tekanan Darah Tinggi • Kencing Manis • Radang Ginjal | Pundi Kencing • Batu Karang • Kencing Tidak Lawas • Keputihan dan Senggugut • Radang Sendi (Arthritis) • Lenguh Sengal • Sakit Belakang | Pinggang • Gout Kandungan dalam Misai Kucing membantu menguraikan asid urik, membersihkan air dan darah dari toksid. Ia bersifat diuretik dan antiseptik. Membantu melawaskan pembuangan air kecil tanpa kesan sampingan buruk yang menjejaskan buah pinggang seperti kebanyakan ubat biasa. |